Untuk Abah dan Ibu
Bila kuterbaca tentang kisah anak-anak remaja yang ingin menikah dalam usia muda hanya kerana sudah terlanjur, hati ini bertanya " apakah yang akan terjadi pada masa depan anak-anak kita?". Tiba-tiba terbayang wajah Zulfikri...bagaimanakah nanti masa hadapannya? Bolehkah aku dan suami membimbing dan mendidiknya dengan baik? Mampukah kami melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah kepada kita? Aku hanya mengharapkan yang terbaik. Mudah-mudahan, InsyaAllah...
Setelah membaca artikel dalam Berita Harian mengenai temuramah Cik Salma dengan Ustaz Pasuni Maulan & cerita yang dibentangkan oleh abang Chairul Fahmy (teman lama di Coretan dulu), beberapa wajah muncul di benak fikiran...
Mengapalah dia perlu hadir dalam keluarga kita? Membuat Abah & Ibu menjadi runsing setiap masa. Padahal dia bukanlah tanggungjawab Abah. Kalau nak diikutkan, tiada kena-mengena langsung dengan keluarga kita pun...cuma keluarga angkat....tetapi oleh kerana sudah bergelar 'angkat-angkat' nilah yang menyebabkan masalahnya juga kita perlu 'angkat'. Sejak arwah mamanya masih hidup, sampailah dah hampir 8 tahun mamanya meninggal dunia, hingga ke saat ini masalah hidupnya membebankan kedua-dua Ibu dan Abahku....
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui perasaan Ibu dan Abah. Aku mampu bersimpati dan memahami perasaan mereka...nak buat macam mana? Aku dan Ali telah berusaha menjadi anak-anak yang baik. Alhamdulillah, tak pernah menyusahkan Ibu dan Abah...tetapi insan lain pula yang menjadi 'beban' kepada merka....
Doaku, hanyalah untuk Abah dan Ibu tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan kepada mereka. Walau pahit untuk ditelan, namun aku pasti Abah dan Ibu tetap kuat menghadapi cubaan dan dugaan yang Tuhan berikan. Sesungguhnya Dia ingin menaikkan darjat dan keimanan Ibu dan Abah...
Abah...Ibu....anakmu amat menyayangimu seluruh jiwa ragaku....tiada sesuatu yang dapat menggantikan dirimu dalam hidupku...
Yang benar,
puterimu...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home