PSLE kertas Bahasa Melayu
Pagi ini anak-anak muridku akan menduduki kertas Bahasa Melayu untuk PSLE mereka. Mudah-mudahan semua dapat menjawab kertas itu sebaik mungkin. Aku yakin dengan murid-murid perempuan, cuma yang lelaki sahaja ada yang kurang meyakinkan seperti Khairi, Zackri & Aliff. Tapi tak mengapalah, yang penting mereka cuba sedaya upaya mereka.
Tadi aku ke dewan sekejap untuk ucapkan 'Semoga Berjaya' kepada mereka. Agaknya bila melihat muka aku saja tadi, mereka tenang sedikit. Nampak muka Amirah & Ashikin yang happy. Merekalah orang yang pertama berlari mencariku. Si Syakilah biasalah sibuk aje. The boys from 6L macam gitu jugak, relek aje. Aku pun berdebar nak tahu soalan-soalan apa yang akan keluar. Tapi sayangnya bila mereka habis periksa nanti, aku kene relief class P2 Fadila pulak. Aku rasa tahun ini aku boleh buat school's record kerana buat paling banyak relief. Bukan exactly relief periods tapi kalau dah combine aje, kira relief jugaklah tu. Hari ini aku kene ambik her P2 pulak. Tak sukalah ke kelas tu, kecoh-kecoh budak-budak dia!
Hmmm...semalam buka puasa kat rumah ayah. Ibu masak mee siam. Tak minat sangat tapi apakan daya, mana boleh cerewet, makan ajelah. Diorang dah biasa buka dengan minum air suam dulu bila buka. Aku tak biasa, so minum sikit je. Lepas tu terus tuang kopi. Kita kan dah biasa minum air teh masa buka sampai berpeluh-peluh.
Nasib baik bibik Tini ada, so dapatlah aku buka puasa sementara dia tengokkan Fikri. Si kecik tu dah 3 pagi berturut-turut bangun pukul 5 pagi, nak sahur. Nasib baik tak meragam, nak susu aje.
Today, ada Exco meeting petang nanti. Macam malas gitu nak pergi. Silap-silap, balik naik teksi jelah. Kalau nak naik bas takut kelam kabut pulak & kesian ibu nak siapkan juadah dengan si kecik menyibuk kat dapur nanti. I thought nak balik dulu after 1 pm nanti, maybe nap kejap ke or kemas rumah. Kalau dah balik tu ada ajer kerja rumah yang nak dibuat, basuk bajulah, sapulah, gosoklah...at least besok taklah terok sangat nanti.
Oh ya, Irfan nak tender resignation hari ni. Dia dah tak tahan kat tempat kerja. Entahlah, aku pun tak tahu sampai bila dia nak job-hop macam gini. Suruh cari kerja untuk govt tak nak, kan lebih secure. Asyik nak cari company aje...bilalah nak kumpul duit, angan-angan nak beli kereta. Sampai tua pun tak dapat. Kadang-kadang duit teksi pun aku yang bayar. Kalau aku tak kerja, macam manalah agaknya. Entah boleh ke tidak kalau aku stop kerja sambung belajar. Silap-silap, asyik kena ikat perut aje.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home