Monday, October 31, 2005

2 hari lagi hari raya!

Tak sabar rasanya nak sambut raya tahun ni. Apa lagi sambut buat pertama kali di rumah baru! Lebih-lebih lagi anakku yang dah besar (15 bulan dah besar jugak per!), dah boleh bergaya dengan baju kurung (warna 'Pink Belacan' ibu kata) dengan songkok. Pasti hensem & semua terpikat!

Rumah dah hampir settle. Irfan tak nak settle semua dulu sebab kata dia tak meriah, so waiting for tomorrow, Deepavali holiday, untuk spring clean the house. My side tinggal nak kemas dapur & bilik master bed room je. Guest room terpaksa tinggalkan seperti yang sedia ada coz belum ada orang nak beli the bedroom set. Cuma satu je yang aku masih terkilan...baju raya aku belum beli lagi!!! booohoooohoo....Sedih tau! semua dah dapat tapi baju raya aku belum dapat settle sebab semalam bila cari di Geylang, ada fesyen yang berkenan tapi size takde. Bila size ada, colour pink pulak dah habis! Esok terpaksa ajak Irfan ke Joo Chiat lagi, kalau takde teruk jugak. Terpaksa cari baju jolok2!!! Ni yang tak best ni!!!

Hari ni pun macam takde mood nak mengajar. Tadi semasa P6KL class, I just showed them the continuation of Singapura Dilanggar Todak. Masa 6M pulak, diorang sibuk main card game, so ok jugaklah. For P4, takde chance sebab syllabus belum habis. Alah, rasa-rasanya pun tak ramai yang datang hari ni.

Today lepas rehearsal je, ingat nak balik. Macam ada mood nak buat chocolate chip cookies lagi. Kesian I dengar rumah mak mertuaku, raya belom cookies aku dah nak habis. Siapa lagi kalau bukan si Hikamlah. Dia kan memang minat choc chips aku tu. In fact semua yang makan, pendek kata tak nak stop. Nak continue je sebab kesedapan. I thought nak buat sikit & kasi Makcik Sapura jugak. Yelah, dia kan dah tolong jaga Fikri so macam tak sedap tak kasi dia apa-apa. InsyaAllah balik rumah ibu nanti nak buat sikit. Ni berkat sibuk cari buku recipe masa kat SRJC dululah ni. Orang cari buku Economics, aku, Lis & Zue cari buku recipe!!! Lepas tu satu-satu kemaruk buat kuih dulu! keh keh keh...

Oh ya, semalam entah tiba-tiba macam teringat si Hazriq, so I just sms him. Dah lama tak dengar berita teman lama. Abang Iwan pun sama but he didn't reply my sms. Cuma Bapak Hamzah, Sofiyah & Riq je. Oklah, gtg now. Jap lagi ada P4 class. Chao.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home