Sehari selepas raya Adha - Bahagian 2
Fuh...baru rasanya tulis tentang sehari lepas hari raya puasa, tup, tup alih-alih tulis tentang sehari lepas raya HAJI pulak! Kelmarin Siti tanya bila nak update blog ni. Rasanya macam dah takde masa langsung nak type kat sini. Sibuk tak terhingga, lebih-lebih lagi tahun ni kena sekolah petang. Lagilah masa terlalu suntuk sangat rasanya.
Oklah, taknak komplen banyak-banyak. Nanti orang baca katakan ni ruangan Aunt Aggie pulak, tempat untuk meluahkan segala komplen & rasa tak puas hati. Nak cerita tentang semalam pulak.
Setelah hampir 20+ tahun berlalu kali terakhir aku buat ibadah korban (ingat lagi gambar yang diambil dulu. Abah dukung aku yang melalak sekuat-kuatnya kerana takut lihat kambing yang nak disembelih). Sejak tahun 2005 dah tanam niat nak buat ibadah korban menggunakan wang sendiri. Akhirnya, 10 Jan 2006 (bersamaan dengan hari lahir Hamzah yang ke 28) dapat juga tunaikan niat di hati. Ibadah korban dilakukan di Masjid Kampung Siglap sekitar tengahari. Cuma kami 3 beranak saja yang pergi kerana adik-adik ipar perlu layan tetamu (pakcik2, makcik2 & sepupu2 yang datang rumah Ayah & Ibu Shidah, walaupun mereka berdua sedang menunaikan ibadah haji tahun ini) di rumah. Semua serbu sebab nenek ada kat sana.
Walaupun hujan, cuaca tidak menghambat ibadah korban dilaksanakan dengan sempurna. Masuk masjid je dapat jumpa dengan Mdm Azizan, my Sec 3 form teacher & Geography teacher. Dia terkejut nampak aku dukung Fikri. hehehe...dia tanya bila makan nasi minyak? tak caya anak murid dia dah pun jadi seorang ibu kepada hensem boy!!
Dah register, dapat nombor 121. Lepas tu disuruh tunggu sementara dorang ambil kambing. Alamak, kambing hitam pulak tu! Hitam pun hitamlah, macam tuan yang punya jugak! :) Sementara menunggu giliran, beranikan diri untuk pegang kambing tu. Fikri pun usap sebelah hidungnya, dia marah u! Bila nak sembelih, aku pegang badannya saja,lepas tu lekas-lekas berdiri takut darah terpercik. Alhamdulillah, capai pun niat ni.
Balik dari sana kita ke rumah Cik Mah. Walaupun terlalu singkat, tapi jadilah dapat jumpa beberapa ahli keluarga. Awal-awal lagi aku dah tahu ni mesti nak kene balik cepat. Maklumlah Irfan kan ada ramai keluarga, tak macam kita. Nenek pun dah takde, keluarga pun sebelah Ibu saja. Sebelah Abah siapa lagi yang ada. Sedih bila fikirkan tentang itu. Anyway, dapatlah wish Hamzah 'Hepi Berfday', tak sangka sepupu aku dah 28 tahun. Tak lama lagi, aku pun ikut sama.
Tapi sayangnya, masih belum ada rezeki dapat anak. Cepat-cepatlah Am...jangan tunggu lama-lama.
Kemudian balik ke Tampines sebab Husna kata pakcik-pakcik semua dah nak balik. Awal sungguh? Aku ingat nak lepak sampai malam. Sampai je rumah dah penuh dgn saudara-mara & makanan. Kooosmangat! Penuh satu dapur! Tengok sabsuka kat dalam periuk, dah licin!!! Alhamdulillah, habis jugak sabsuka aku masak tu. Berpeluh-peluh dgn Husna malam raya.
Lepas solat asar, kita keluar tengok Tahirah yang dah lahirkan hero ketiga, Muhd Ammar di Eastshore Hospital. Bila dukung si kecik tu, terasa macam tak sabar nak anak lagi. Tapi...dah bersedia to turn back the clock ke belum? Yelah, bangun malam lagi, salin lampin tiap-tiap 2-3 jam, menyusu, bawak ke klinik....fuh, banyak pengorbanannya. Hmm, memang pun kita dah plan tapi project masih belum boleh start lagi. Kene tunggu the right timelah. Kalau boleh aku nak baby no. 2 lahir sama bulan dgn aku, Jan 2007. Hmmm....still counting the days.... :)
Eh, tersasar pulak. Lepas tengok Tahirah, kita ke Woodlands melawat Yayi kat rumah Cik Ana. Bibik Tini gembira jumpa Fikri. Dah rindu agaknya. Balik rumah pukul 11 lebih, terus bam sebab badan dah tak boleh carry lagi. Apa taknya, dari hari Jumaat pagi, sekolah, then sambung masak, esoknya kemas rumah Ibu Shidah & keluar sampai malam.
Semalam bila nak ke sekolah, badan semua sakit-sakit. Kami ni dah tak boleh nak pijak lantai, tapak kaki sakit tak terhingga. Mengeluh sendiri pun tak guna, takde orang nak simpati sebab they didn't do all the things that I did. I'm not a superwoman anyway but glad that I spend some quality time with my son...
Sayang Fikri...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home