Stress......
Baru dua minggu sekolah tapi rasa macam dah masuk dua bulan! Banyak sangat kerja hingga macam tak sempat nak bernafas, bak bernafas dalam lumpur (seperti lagu Wings)! Tadi bila cium Fikri masa dia nak keluar pergi rumah Ibu, rasa rinduuu amat sangat. Yelah, sehari suntuk tak dapat jumpa dia. Malam dapat main sekejap je, then bila dia tido, aku pun tido sama. Dah tak larat nak buat apa-apa lagi. Pagi-pagi aje, ayah dia dah kena hantar ke rumah Ibu. Tak puas spend quality time dengan dia. If only I have a car & able to drive now, dapatlah spend more time dengan dia kat rumah. Biarlah aku sanggup menghantar dia ke Tampines, kemudian balik ke Pasir Ris hanya untuk bersama dengan anakku. hmmmph...
Entah mengapa agaknya dah beberapa hari ni mood swing tak begitu baik. Kadang-kadang ok, kadang-kadang asyik nak frust je. Mungkin kerana keadaan sekeliling yang membuat aku begini. Dahlah tugas kat sekolah tu macam takde full-stop nampaknya. Tiap-tiap hari ada saja kerja yang perlu dilakukan, jangan kata mengajar tu dah sememangnyalah tapi all this PDS lah, teacher assistantlah, differentiated supervisionlah...macam-macam titik-bengek semua kena buat! Bosan aku! Semuanya not in my favour & not my cup of tea. Jadi akhirnya buat benda-benda ni semua kerana terpaksa, bukan dengan rela hati.
Kadang-kadang nampak macam aku happy je ke sekolah tapi Tuhan saja yang Mengetahui perasaan dalam hati ini. Aku lebih rela duduk di rumah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa sebab aku rasa kepuasan bila melihat rumah bersih, kemas, dapat siapakan lauk-pauk untuk suami & anak, dapat membuat perkara-perkara yang aku minati seperti menulis seperti ini. Ni masa tengah taip ni pun kepala otak tengah berlegar memikirkan tentang meeting dengan EAS staff kejap lagi. Macam mana tak stress selalu.
Bila balik sekolah & lihat kain baju dah bertimbun belum dibasuh, kemudian nak sidai, lipat, kemas dalam almari...semua itu aku tak kisah. Tapi memandangkan badan dan minda dah terlalu penat lepas sekolah, kerja-kerja itu semua menjadi sebagai satu bebanan! Kalau nak gosok baju jangan kata lagilah. Kadang-kadang sebelum pergi kerja tulah baru nak gosok baju. Kalua ada masa, terpaksa korbankan hari Ahad atau Sabtu untuk duduk rumah gosok baju macam minggu lepas bila Irfan kena panggil untuk reservice satu hari. Dapatlah kurangkan sikit gunung-gunung baju kat dalam bilik tu.
Kadang-kadang tu terfikir, alangkah untung orang-orang yang ada pembantu di rumah. Semua urusan rumah beres, jadi boleh concentrate tentang kerja. Balik, dah boleh rehat & layan suami dengan anak. Aku ni, nak layan suami pun kadang-kadang dah takde tenaga lagi. Si suami pun kadang-kadang buat tak nampak kain baju yang dah dilipat. Nak mintak tolong angkat kain baju kat sidaian pun boleh jadi gaduh. Kita suruh, dia kata kita ni membebel aje. Kalau tak disuruh, tak dibuat.....akhirnya aku jugak yang kena buat!
Apalah nasib.........

0 Comments:
Post a Comment
<< Home