Shark nak migrate
Time check - 5.50 pagi. Actually (my commonly used word) aku dah bangun seawal pukul 5 pagi tadi. Si Fikri merengek nak susu & kaki dia tegang, so sebagai ibu yang perlu menjalankan tanggungjawabnya terpaksalah bangkit dari tilam (walaupun badan ni sangat berat sekali rasanya) dan membuatkan anaknya susu. Kemudian, ambil minyak & gosokkan kaki dia supaya tak tegang lagi. Inilah di antara pengorbanan-pengorbanan yang selalunya orang tidak akan tahu atau lihat. Suami pun tak tahu yang aku bangun pagi untuk membuat perkara-perkara seperti itu. Kasih sayang ibu tiada bandingannya.
Ingat tadi nak sambung bobok, tapi mata ni macam dah tak nak tidolah, so just check out my email (biasalah) kalau-kalau Cik Azizah kita dari Tampines Pri balas emel aku semalam. Hari ni (walaupun hari Sabtu tak perlu kerja) terpaksa ke seklah kerana Azizah nak tengok bagaimana kita buat PDS tahun lepas. Alah, banyak yang silapnya, rasa macam malu nak kongsi apa-apa dengan mereka gitu. Anyway, kalau ke sekolah pun ok jugaklah sebab dapat clearkan sikit meja yang sedang berserak tu. Tak tahulah berapa lama nanti. Kesian Fikri, sampaikan hari Sabtu pun dia ditinggalkan kerana ibu dia kena pergi ke sekolah. Kalaulah aku boleh bawak dia sekali, kan best jugak dia main-main kat sekolah tu, at least dapat bersama dengan dia.
Tapi itu semua tak kisah sangatlah sebab I'm looking forward to the time later. Dah janji dengan Shark (abang Shaffiq) nak ke rumahnya untuk lihat almari buku dengan kipas yang telah direservekan untuk kita. Baiknya teman aku sorang ni. Dia nak migrate ke Perth, Australia this mid-year. Katanya mereka setakat bidan terjun aje. Takde persiapan apa-apa pun di sana, starting from scratch. Wow, berani ya! Tapi yang penting kedua-duanya setuju.
Kalau aku dalam situasi Kak Maria,hmmm...rasa-rasanya macam nak jugak tapi kalau difikirkan akan tinggalkan Ibu, Abah, Ali & saudara-mara yang lain...tak sanggup! Yelah, sejak kecil aku dah memang rapat dengan ahli keluarga (semuanya sentiasa bersama, hampir tiap-tiap minggu atau sekali dalam dua minggu berkumpul kat rumah arwah nenek). Tak sanggup rasanya untuk berjauhan dengan mereka. Pada prinsipku, biarlah tinggalkan kesenangan atau kemewahan sendiri daripada perlu berjauhan dengan ahli keluarga yang kusayang.
Memang betul, kalau dah kahwin mesti ikut kata suami. Tapi kita pun ada perasaan jugak, betul tak? Kita pun ada keinginan, harapan dan lain-lain hal yang membuat kita berpegang teguh pada prinsip & nilai-nilai hidup. Kalau ikutkan sebelah pihak saja, mana adil tu! Pada Shark & Kak Maria, agaknya mereka pasti dah thought it out well, sebab tu mereka ambil keputusan untuk berhijrah. Untuk aku pula, biar hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...lebih baik di negeri sendiri.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home