Frust!!!
Pagi-pagi lagi komen sang suami dah buat aku rasa bingit! BORING! Asyik itu, itu jugak yang dia nak komen- jangan tunjukkan muka masam depan famili, jangan tunjukkan muka takde mood depan adik-adik, sabar aje dengan perangai orang tua, dia dah tua macam gitu perangainya, nak semua kata-katanya didengari....then siapa yang nak faham perasaan aku? Simpati dengan diri sendiri? Sedangkan suami aku sendiri belum betul-betul faham dengan perasaanku.
Cuma orang muda saja yang perlu memahami perasaan orang tua? Cuma kita saja yang perlu bersabar, cuma kita saja yang perlu mendengar kata-kata mereka? Kesabaran seseorang pun ada hadnya. Kalau dah disebut tentang perkara 'anak kedua' hampir berpuluh-puluh kali, siapa yang tak BINGIT! Aku tahulah, bila nak beranak lagi, bila Fikri boleh dapat adik lagi....yang nak compare dengan waktu dulu-dulu tu apasal? Aku ni bukan suri rumah yang duduk 24 jam jaga anak kat rumah. Kalau orang dulu-dulu bolehlah, yang cari nafkah suami, yang kasi makan suami, isteri jaga anak saja kat rumah. Aku pun ada kerjaya. In fact kita buat 2 kali ganda tugas & tanggungjawab - bekerja & jaga anak, kemas rumah, layan makan minum kain baju....itu semua macam tak nampak! Kejam sebelah mata sahaja!!! Kalau kain baju atas sofa tu aku kira dah masuk 4 hari aku lipat. Sengaja tak nak angkat, nak tengok sampai bila ia diangkat & disimpan. Lambat-laun tangan ini jugaklah yang dah basuh, lipat, simpan & gosok akhirnya...
Memang nak lepaskan frust! Awal-awal pagi dah kena komen. Kita saja yang buat silap. Orang lain punya kesilapan, orang lain dah sakitkan hati, orang lain yang dah buat aku bingit, semuanya tetap salah aku juga...Itukah keadilan? Mendengar sebelah pihak & tuduh pihak yang lain. Saat-saat seperti inilah aku rindukan arwah nenekku. Sayang sekali aku tidak dapat bermanja dengannya dengan lebih lama lagi. Orang-orang yang berhati mulia, tidak banyak berkata-kata, tak banyak sakitkan hati orang sepeti inilah yang sering Tuhan sayangi. Arwah nenek tak pernah pun membebel tak tentu hala. Cakapnya sering beralas, tidak mahu menyinggung mana-mana pihak, lain dengan nenek orang yang nak masuk campur hidup orang lain!
Selagi tidak kuluahkan, selagi itu terbuku dalam hati ini. Tu yang akan buat aku lagi sakit hati. Kalau aku curahkan segala yang terbuku di hati tadi, nanti dikata pandai menjawab, derhaka. But are'nt me being hipokrit!!! You're not being true to yourself! Tell him how you feel! How frustrated it is to be commented all the time, as if she knows everything & anything in the world! We are always doing the wrong thing, don't know how to do things.... EXCUUUUUSSSEEE ME!!! IT'S MY LIFE!!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home